Pages

Tuesday, May 3, 2011

LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN

Fonetik Terapan: Mempelajari bunyi bahasa dan penggunaannya dalam
praktisnya. Misalnya olah vokal dalam seni drama dan seni muzik, dan
untuk membetulkan bunyi bahasa kanak-kanak.
Perancangan Bahasa: Mempelajari bahasa dalam konteks
perkembangan bahasa. Misalnya aspek pembakuan bahasa.
Pembinaan Bahasa: Mempelajari bahasa dalam konteks penggunaan
bahasa yang baik dalam acuan kaedah dan pendekatan yang telah
dikenal pasti dan diamalkan oleh penutur jati.
Pengajaran Bahasa: Mempelajari bahasa ibunda, bahasa kedua atau
bahasa asing mengikut pendekatan, kaedah dan teknik tertentu.
Penterjemahan: Mempelajari bahasa untuk kepentingan
pengalihbahasaan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain.



Grafonomi
: Mempelajari cara-cara mewujudkan bahasa dalam
bentuk tulisan. Grafonomi atau Ortografi dinamakan juga sebagai
ilmu ejaan.
Grafologi
Mempelajari tulisan dengan tujuan untuk mengetahui
sifat, nasib, kesesuaian dan keberuntungan penulis.
Leksikologi
: Mempelajari bahasa dalam konteks penulisan leksikon
: dalam bentuk kamus, ensiklopedia, dan tesaurus. Dinamakan juga
dsebagai ilmu perkamusan. Fokusnya pada cara penyusunan kamus.
Mekanolinguistik
: Mempelajari bahasa yang digunakan dalam
Mpenyusunan program mekanik.
peMedikolinguistik
: Mempelajaribahasa untuk diterapkan dalam
pengubatan. Misalnya pengubatan orang yang menghadapi tekanan
perasaan yang serius, dan terapi perubatan untuk anak autis.
Sosiolinguistik Terapan
: Mempelajari bahasa dalam konteks
penggunaan bahasa dalam komunikasi sosial, iaitu dengan
mengambil kira situasi, maksud, status penutur…

0 comments:

Post a Comment